X-pac Bonus

arini aku puasa n pakai baju kurung. aku pakai baju kurung bukan la sebab puasa, tapi sebab kononnya ada CEO baru nk dtg arini. tetapi, perkara yang berlaku ialah, CEO itu tidak dtg, dan, aku dikehendaki ikut bos-bos aku gi meeting kat celcom.huih?seb baek aku pakai baju kurung.

kecuakan melanda bila masuk building yang besar tuh. paling x best bila aku kena jumpa incik yang aku call aritu. [refer post sebelum neh] orangnya kecik, lagi kecik dari aku. n x ensem. so xpe la. xla cuak sgt. aku cuak bila jumpa org hensem neh. muahahah.

on the way balik, sembang-sembang dengan bos. walaupon kisah dia aku dah banyak tau dari sheila (bukan nama sebenar), tp aku dengar jugak sbb ni dtg dari mulut dia sendiri. paling best part dia ckp gaji aku maybe naek dari 2200-2500. yahuuu!!

jap lg nak gerak g kl sentral. bukak puasa. :)

the strokes - razorblade

kelmarin aku menelefon orang telco tersebut, tetapi talian itu tidak berjawab. alternatif lain, aku menghantar e-mail kepada beliau dengan panjang lebar. pagi semalam beliau menelefon aku, menjawab soalan dengan panjang lebar juga. kemudian aku mengadap bos bercerita, mesti la dengan panjang lebar juga. kemudia bos aku tanya, guna WML or XHTML? OMG. aku lupa tnya. then aku call beliau semula untuk tnya beliau develop guna apa. XHTML jawapannya.

ok thanks. sori ganggu.
eh, itu aje?
yela. nak tau tu je.
mcm tu tnye kat ym je senang. ada ym x?
ada.
bg la id.
encik la bg id kat saya. saya segan nak bagi.
sy pon segan nak bg. tp xpe la. id sy ********.

erk. ok. tmbh sahabat baru.
tajuk tu sebab aku taip post ni masa tengah dengar lagu tu.

he's only19!!

sigh*

WML

di akhir waktu pejabat semalam, tiba-tiba bos aku datang ke meja aku.

oh, u dah start buat the page ya.

yes. tapi i tak buat guna wml. i use xhtml.

ok. nanti i bagi u contoh wml.

beberapa saat selepas itu.

u taip ni ... http://xxx.xx.xxx.xxx/wap/xxxxxx.asp. yang ini orang dulu buat. bezanya dia letak wml dalam body. so boleh preview dekat browser & dekat phone.

oooo.........

i rasa better u buat dua2, then kita test mana ok.

ok, skrg aku kene wat WAPsite tu 2 kali. haih.
banyak2 tutorial yang aku baca, xde pon yang cakap pasal wml boleh bubuh kat dlm html. BODO btol aku rasa.

kesimpulan : sila rajin buat eksperimen, jangan malas2 dan asik download lagu saja. terima kasih daun terup.

klcc + open house

saturday


went to klcc with my bestfriend man.
had yoshinoya for lunch. watched two movies, resident evil & bourne ultimatum [whoooaaa]. ate popcorn till bloated...huehue. we're really having fun with each other that day. except that he's having ulcers in his mouth so that he can't talk much. haha.


sunday

me n my friends beraya sakan around kl. we (me, dadai, marisa, berg,ama n man) went to 4 houses, looking for foods. haha. crazy fellas [my boss fav words]. we ate bihun sup, nasi impit, nasi lemak & nasi beriani. but i managed to prevent myself from eating too much as they all know me as the kuat makan type. huhu.


monday

its been raining since midnight. i only go out to work at 9am. then drop by at the stall to buy kueh. Arrived at the office at 9.10 and saw 4 girls waiting for anyone to open the door. Sorry girls, I’m a bit late today. They are the new staff here. Im a bit excited. The office is full with girls now, forcing the boss to stay out from our sight. Haha. Don’t know how long will they willing to stay. Long enough I hope.

it's friday!!

di sini aku mahu membentuk persamaan mantik

hari ini hari jumaat
esok hari sabtu
hari ini hari jumaat dan esok hari sabtu

tak menarik sungguh persamaan mantik tersebut

esok hari sabtu
hari sabtu hari tidak bekerja
esok cuti

lebih menarik :)

ada rakan mengajak aku ke rumah terbuka mereka pada hari ahad. aku telah menerima 3 jemputan. belum pasti dapat pergi atau tidak. tapi makan free. rugi tak pergi. nyum nyum. aku kuat makan. ya. terima kasih sebab puji.

semalam rakan serumah aku masak tomyam. di sebabkan aku balik paling lambat, aku kena goreng ayam. paling x best sebab ada part 'kaki' kat situ menyebabkan percikan minyak yang melampaui batasan. kemudian aku mengemas bilik dengan rakan sebilik pulak. time nak tido, kami bertukar2 cerita mngenai kehidupan. bagaimana kehidupan kami semasa sekolah menengah. kebetulan kami dari latar belakang yang sama, sekolah yang sama cuma berbeza tempat, dan penyesalan yang sama. juga result SPM yg hebat hampeh menyebabkan kami terlontar ke jurusan yang sangat berbeza, yang tak pernah diimpikan, tetapi kami telah berjaya untuk sampai ke tahap ini. rakan sebilik aku akan bergelar engineer bulan depan. yahuu. tumpang bangga.

new born

hullo.im back. new blog, new life (i hope). kembalinya aku tanpa beritahu sesiapa. hope they didn't notice this is me.(ceh..poyo) err..tapi oleh kerna sudah lama tidak menulis, maka aku kelu dengan kata-kata. semalam aku pergi menonton wayang... ok, perkara itu macam x penting untuk diceritakan. ha, skrg dapat projek baru. aku dikehendaki membangunkan laman WAP. ya, saya budak baru belajar. so, aku kena mengeksplorasi tutorial mengenai WML dan XHTML. nasib ku baik ada juga rakan (@ sifu) yang boleh dirujuk. dari apa yang aku baca tadi, kalau nak bangunkan WAPsite, aku akan pilih XHTML kerana banyak benda yang WML x support. ok. mengarut. mesti benda ni sebenarnya dah ramai yang tahu. tutup bab ini. tadi pegi lunch dengan officemate.. ok, x penting gak.. better aku sambung kerja aku dari mengarut benda yang karut. tunggu ada isu menarik baru boleh mengarut lebih-lebih.