makhluk yg &*^%$

at last,i've got something to update here.more like,have to update here..or sbb dah terribly busan here.huhu.lebih kurang lah.today,genap 9 hari aku melepak di pkns shah alam yg bapak busan ah.tgl esok lg sehari.rasa lega sbb dah over.but rasa malasnya nak masuk ofis.ofis yang ade sekor makhluk yg aku x suka (bila aku dah stat sebut sekor tu maknanya aku mmg dah xleh trime dah perangai makhluk tu).

makhluk tu berperangai haiwan itu suka berperangai berpura2 baik di hadapan tp di belakang kita dia kutuk abes2an dan berusaha menjatuhkan nama baik kita di hadapan bos. perkara ini telah 2 kali kantoi bila aku & mmbe aku dpt email yg diforward dr HR (forward secara curi2),berkenaan makhluk itu yg gila kuasa mahu approve cuti sume staff kat dalam ofis tu.tp kat depan wat2 tanya, 'eh,,kenapa aku kena approve cuti korang?' ceh ceh. aku xtahan aku terus panggil dia 'gila kuasa' depan2 dia jugak.merah padam mula dia.

cerita 2,mmbe aku,graphic designer,slalu masuk ofis lambat.tgh hari slalunya.tp dia slalu balik lmbt gak.kul 10 gitu.xkisah la kan.keje siap ma.even dlu bos kata ok je.n aku lak, masa aku blk last2 wik, aku blk perak ari sabtu.so aku decide nak blk sini blk pagi isnin.pttnya aku boleh smpi kul 11 kt ofis. tp sbb mslah bas 'rempit kl' yg hampes, aku lastnya sampai kul 1 kt ofis. n perkara2 ni, makhluk tu bangkitkan dlm email yg di hantar ke HR & bos2, yg memaksa HR bg memo kt ktorg berdua (setelah 2 3 minggu berlalu). yang aku x paham, dia tu pon slalu je masuk ofis kul 10.boleh kt tiap2 hari. n bila ade emergency, boleh je dtg lewat org blk awal. cuti dia, maen suka ati amek je. xde sape approve pon. aku mmg bengang gila la. dpn ktorg pure2 baek. dia mmg xtau la yg ktorg tau psl hal ni. kak HR tu pn forward email dia kt ktorg sbb mmg dh mnyampah ngan perangai dia. bos sniri x kata apa2. dia lebih sudu dr kuah.

siau la makhluk tu.

sbb dia la, aku slalu je rasa x tahan dah keje kt sini.aku nk cari keje lain!

gong xi fa cai

seronot setelah last wik bos2 aku gi bercuti ke phuket + gandhi (bkn nama sebenar) mc selama 2 hari, aku berkesempatan utk mengular kat ofis.sebnarnya wat je keje.tp tanpa pressure.best btol.dah lama x update blog dgn cerita2 terbaru.last post tu,my lai massacre tu,aku terjumpa kt wiki.mula2 baca pasal barack obama,melalut ke perang vietnam.tahape2.
cerita terbaru,,hmm,,tatau nak cite pe.just skarang ni aku maken happy.& aku xtau camne nak express kehappyan aku kat sini.cuba2 utk mengurangkan berat badan kerana semenjak menjadi happy ini berat badan aku telah bertambah.ni mesti sebab slalu makan di tengah malam.ini la yang slalu dijadikan topik perbualan oleh kaum hawa.gemok!ok.kita tinggalkan topik ini.busan sungguh.

rakan sekolah rendah aku berkahwin isnin aritu.celebrate skali ngan CNY.pandai ko pilih tarikh mizi.anyway,aku sebnarnya dah x jupe dia dah lepas skolah dlu.nama je sekampung.lama giler tuh.10 tahun?12,13?papepon,dia dah kawen skarang.wife dia cantik.jeles la plak aku tgk.eh..bkn jeles.aku rs dia xptt dpt wife yg cantik cam tu.ehh..ke,,wife dia tu pttnya leh dpt yg lg hensem dari dia?mcm tu la.jahat x?wahaha.kenduri kawen dia tu dah jadi tmpt reunion dak skolah rendah.meriah gak la.tp aku jupe girls je.sbb gadis2 seperti kami lepak kt dalam rumah.stand by depan pelamin.wahaha.


dadai,,gudluck ngan pencarian kerja baru.aku pun rasa x worth it ko duk situ if bos ko x appreciate ko. jgn pk sgt. mesti berani sbb ko x wat salah. last skali,jgn skip makan.(sbb aku xmau gemuk sorg2..wahaha) :p

bed oh bed

semalam pegi bukak pose ngan kak ayu & kak lela (my housemates kat PJ dulu).
jupe kat kl sentral then ktorg gerak gi kg baru. makan ikan pari bakar.
owh. juge. aku kene blanje. sbb diorg x gaji lagi. 
tapi best la makan kat situ. baru ada feel nak berbuka.
plus, rindu giler kat diorang. dah lama x lepak sama.

aku balik smalam dah 1130. ngantuk x ingat la. kul 12 suku,aku msg 'sinier' aku a.k.a si insomnia, suh kejut kul 1 suku. takut aku tido mati x dgr alarm bunyi. tido. bangun balik. owh lupa, sblom naik rumah aku singgah 7-11, beli 2 tin neskepe. wat bekal. resultnya, tadaaaa.....

aku x tido lagi since then.
aku tido sejam je.

kenapa?
harini aku ada 2 meeting, & aku kene launch 1 website, juge aku kene submit 3 mockup, landing page & inner page. so 6 mockup aku kene bagi. dan ape yang best, mockup tu la yang aku tungkus lumus wat mlm td. sebab aku totally lupa pasal mende neh.hukhuk

harapan pertama aku : jangan la aku pengsan kat ofis.
harapan kedua aku : aku nak tido sepanjang balik penang malam ni. lantak la cik driver marah pon. aku nak tido gak.

slamat hari raya korang sume. maybe blog ni akan senyap seminggu. kamu. have fun ya.

esok cuti

esok cuti nuzul Quran. tapi tadi aku mndapat email dari rakan sekerja yang mencadangkan esk ktorg keje n nnti cuti pd 3hb 10 utk non muslim ngan 6hb 10 utk muslim. kiranya memanjangkan cuti raya. aku xde la kisah mana2. tp diorg pttnya propose dgn lebey awal. plus 5hb aku dah balik sini.so isnin tu cuti pon nak watpe kan. plus lagi,mindset aku mmg dah lama fokus kepada kecutian esok hari.walaupon kemungkinan besar hanya duk melepak di rumah (kerana x beruang utk shopping), tapi aku x kesah. and ade la 3 org lagi kat division ni yang nak cuti gak esok sbb masing2 dah wat plan. dating. and 'kwsping'. sebab esok kl x cuti, so ini la masanya utk berkeliaran di KL menyelesaikan segala urusan. aku rasa cam nak gi kwsp gak. apply no pin. so pasni leh tgk statement kt website je. kan senang,,,,

lagi, sabtu aritu faiz 'popcorn' singgah putrajaya jap.ngan awek dia junie. 1st time aku jupe dia. alorhh,,kecik gila rupanya.hehe.anyway, faiz singgah sbb nak bagi coklat dari deutschland. mari kita lihat.

coklat ni,,nampak je cam x sedap. tp, sedap hingga menjilat jari.kacang dia banyak gileee!! thanks encik faiz. aku ngadu kat dia makin tmbah la jerawat aku mkn coklat ni. dia kata xpe. clean & clear ade. haha.

kipas baru

berakhirlah presentation yg mendebarkan smalam. walaupon bukan aku yang present & tak masuk bilik tu pon, tapi aku kene duduk kat division lagi 1 (migrate), sebab tanak nampak tempat tu kosong. bos aku telah membeli food yang banyak. bihun goreng, sandwich, karipap, tembikai, kopi & teh. banyak gila lebih sampai tapau bawak balik rumah. balik rumah smalam aku sempat lepak sekejap je dalam bilik. then hosmet aku ketuk pintu ajak gi alamanda. aku malas sebnarnya. tapi aku join la jugak. dengan busuk2, still dengan office attire, lepak tunggu bas. kitorg terlepas 1 bas, so macam kene tunggu dengan lamanya. aku mmg dah rasa nak patah balik dah. sekali bila bas datang, aku cakap kat diorg yg aku x ikut. then, aku redah ujan balik rumah. dah sampai tingkat 8, baru aku realize,...shit,i dont have the key. waaa.ape la malang nasib aku. just ada 2 option.either lepak kat foodcourt, or kena gi alamanda jugak. so daripada tercongok sorang2 kat foodcourt, plus aku dah basah, baik aku gi alamanda. & baju aku kering kat dalam bas. he~ sampai alamanda aku beli kipas berharga 39 hengget. murah dan ringan. jenama cap ayam. he.asalkan ada jadi la. owh.aku x cite ape yg jadi kat previous kipas kan, tu kipas roomate aku.dia dah nak pindah.so,nak tanak kene beli la jugak.plus,kipas tu skrang tengah wat hal. & ade part yg aku xdpt nak bukak utk betulkan dia sebab screwdriver aku pendek sangat. tapi smalam, aku tido x bukak kipas pon. maybe sebab dah biasa 2 3 hari tido tanpa kipas. he~~

warghhhh...

Hi,

Please help to ensure that ****** web site will be finalized, up & running (deployed in 187 server) by this Thursday. Please understand that this preparation is very critical to the presentation on next Monday.

Thanks.

Best Regards,
**** ***

superstar

if u are what u say u are
a superstar
then have no fear
the crowd is here
and the lights are on and they wanna show

pagi tadi breakfast nasi goreng kat sport arena, pastu siap tapau nasi lemak dia sebab aku dah lama ngidam nasi lemak tu. so kenyang2 pon tapau gak. then wat2 keje. dalam kul 12 aku makan nasi lemak tu. kul 1 kuar lunch. tapi aku minum jela. milo ais. dalam kul 4 aku dah start mengunyah kerepek smalam. peh. makan je keje.

papepon skarang aku tengah bergelumang dengan soalan2 yang x mampu dijawap oleh aku sniri. so menggagau kat internet cari jawapan xpon tanye encik K. kenape la korang2 neh xde yg jd web developer gak weh. kalo flash leh g tnye andy or fathi or dadai or man. tapi pasal webbb? waaa. korang kejam kejamm kejammmm.

kompius + bengang = malas wat keje

aku baru nak start mengamuk td. then email tu dtg. naseb baek la. kalo x, watch out la celcom people. keje company besar tp wat keje lengah2. call x angkat. email x reply. merosakkan nama company je. tp myb tu sbb deparment byk sgt. pas2 sana sini. kejap en.y kejap cik h kejap en.s. sampai aku pon naek kompius!kompius tauuu! btw, mata aku dh berpinar2. dh xlarat nk ngadap coding. tp keje byk. huhuh.

dlm korg bosan2, korg gi la sini untuk mengisi masa senggang. kartun2 yg lawaknya hampeh tp menarek utk di baca. hehe.

cold cool kool

aku sedang membeku di dlm ofis ini. tangan aku dah naek krem. kadar kepantasan aku menaep dah jadi 2 words per minute. jacket yg aku pakai dah x cukup tebal.

its freezing man!!
...................
...................
...................
and im fasting today.bila sejuk perut cepat lapar.im hoping i can make it thru the day.
*sigh

LOST

kadang2 aku rasa aku sesat dlm dunia aku sendiri.aku slalu fikir,betul ke apa yang aku buat?sampai bila aku macam ni?dimana aku lagi 2 3 tahun?10 tahun?aku slalu nak rancang masa depan aku,tapi aku tak tau nak mula kat mana.kadang2 aku rasa life aku ok,kadang2 aku rasa cam hampeh.kadang2 aku jeles dgn org laen yg hidup senang lenang,tp bila aku compare dgn ramai lg yg susah,hidup aku ni dah kira senang.kesimpulannya adekah aku x reti bersyukur?bukan la aku x bersyukur,cuma aku xnak selama2nya di takuk ini.aku kadang2 nak just go with the flow.tp ajaran Islam sendiri menyuruh kita berusaha mengubah nasib kita,dan takdir hanya akan datang dihujungnya.setelah berusaha barulah kita tawakal.tp,pegi kerja tetiap hari bukan kira usaha ke?adekah usaha itu maknanya gigih mencari kerja yang gajinya lebih tinggi,turun naek bas gi interview atau usaha itu maknanya dalam tetiap hari kita pergi kerja tu kita menimba ilmu dan pengalaman supaya dapat digunakan di masa hadapan?well,dlm konteks go with the flow aku td,maknanya pegi keje blk keje,still di antara tu,mmg la dpt ilmu dan pengalaman.mungkin, adekah bergantung kepada nawaitu?apekah niat kita pergi kerja hari ini?adekah supaya di penghujung bulan nanti gaji akan masuk,adekah dgn niat menimba ilmu,adekah dgn niat ada jejaka kacak kat ofis so berkobar2 nak pergi (xde jejaka kacak kt ofis aku...sobsob), adekah sebab kalau xpergi kerja akan dituduh tanam anggur atau menghabiskan duid mak bapak, atau adekah pergi kerja tanpa apa2 perasaan? again...go with the flow? kadang2 aku rasa busan dgn kerja aku, aku rasa nak tukar kerja. tapi x suka pegi interview. kadang2 aku rasa aku boleh bertahan lagi. kadang2 aku rasa cam nak mintak kerja kt McD. leh makan Big Mac tiap2 hari.aku tau,mesti ramai yg x stuju dgn apa yg aku luahkan.tp ini la yg ade dlm kepala aku.ape la gunanya blog,kalo bukan tempat conteng2. x gitu?

L.E.G.A

yeehaaa!! lega gila lepas presentation smlm. dr isnin aku bertungkus lumus. kene present new company entertainment website & mockup for corporate website. siap x mkn dr pagi sbb riso x ckup masa. lepas present je rasa lapa gila. muahaha. seb baek diorg x byk songeh. anyway, aritu aku g klinik. aku x cite la part luka or calar balar. just pasal bibir & tangan. jawapan dia dah mmg boleh di agak. x cukup air. ubatnya,dia bagi aku vitamin C ngan english primrose oil. padehal bende tu aku ade je & mkn je tetiap ari. si kumar dah tegur aku 'bibir ko dah maken lebam. if org lain tgk mesti diorg kata ko smoker'. ah,ape bleh buat. & solution dia bg lg x bleh blah. 'ko cepat2 kawen pastu kiss husband ko tiap2 pagi.' ceit. xguna punya pakcik botak. dah la panggil aku budak nakal. ape,x cukup baek ke ini??? muahaha. papepon,esok balik kampungg!! x sabo den nk pulang ke kg halaman. owh. adek aku mintak aku belikan dia patung 'maki mouse'. mane aku nk cari patung 'maki mouse'???? pastu bila aku gelakkan dia, dia marah aku blk. hahahah. siap bila aku call mak aku, dia boleh ckp kt mak aku camni 'ckp kt kak girl, baby dah tido'. ceit punye adek. xpadan ngan umur 5 tahun. dh pandai nk ngelat.

Sunday Morning

Well here I am, in the office on Sunday morning. how boring my life is. but to be frank, I like my life this way. i am workaholic. I’m gonna get myself a car later or a notebook.or both!! cause I always find myself want to go home early just because I don’t want to wait for the bus ALONE. its scared me. this place is so damn lonely and full with foreigners. and nowadays kidnapped cases are everywhere.whoaa .I don’t want to be part of it. better prevent it rite?? and the consequences is,I cant finish my jobs.i have too many pending jobs. before this at Sunway, I always stay back late at night and came to office in the weekend. but its hard to maintain that routine here!!!arghhhh.i really miss that place.

aik??

jam kat pc baru pukul 6.19 tapi sume org dah balik kecuali aku & vani.hukaloh!nmpaknya diorang sangat melepak sedangkan keje aku banyak nak mati.aku nak mintak naek gaji! [macam berani]

kenape la aku kene wat flashhhhhhhhhhh?!!
why me?
why?
whyyyyyyy?
yyyy?
zzzz?

esok yang gelap gulita

kenapa aku kata esok gelap?ini adalah kerna esok bos2 akan blk dari singapore dan kembali bermaharajalela di ofis ini.tidak owh tidak.aku ada presentation ngan diorg esok.tidaklah ku gemari.keje byk,meeting pon byk.meeting aku bg aku suatu bende yg sia2.kt ofis laen maybe x sia2.sbb dpt byk ilmu.meeting kt ofis aku neh,ckp bende yg merepek2 atau yg xde kene mngena ngan aku.paling best diorg leh ckp tamil lak sesama sniri.then melangut sejam 2 jam,slambe wat muka busan, padehal time tu aku boleh gunakan utk siapkan byk bende.siot la diorg neh.aku dh xtau nk ckp ape dh psl neh.pasni kalo bengang je aku nak baling sume bende yg ada.bende pertama aku nk baling ialah, bola basket yg aku simpan bwh meja neh.baling tepat2 kat ---------------------- kat kepala diorg la! korg jgn pikir x snonoh k.aku x ajar korg wat bende2 or bace bende2 x snonoh neh.ces ceit cheeeeseee~

[aku x saba nak tunggu ari kamis =p]

あなたが いなくて さびしいです

ohayo~
pagi ini mcm biasa di mulakan dgn lagu linkin park - by myself
skng ni aku ada 3 project

1.masterwin88888
2.TVS centre
3.SPM holdings

tu blom masuk keje2 maintenance 3 website company yg sedia ada. dpt lak ftp wat hal. aku xbleh nk upload files. tergendala la keje2 aku. sume ni x mndatangkan masalah kecuali masterwin tu. aku kene wat flash games. kene maen ngan action script yg hampeh aku nk tau kecuali stop(), gotoandPlay(), n getURL(). seb baek ade andy-kun. ども ありがとう ございます アンヂ-くん。[dgn andy kene ckp bhsa jepun, bhsa mlayu dia xpaham sgt..heee~] aku kene wat 3 games. baru buat 1. tu pon kene upgrade lagi. dia nak tikus tu berlari2 lak. dah la kate tikus aku cam :@) [amek icon neh & paste kt ym]. haiyo~~~~

1st day working at cyberjaya

i don't have any picture of the office yet. so i'll post it here later la eh. but the office environment is sooo nice. but compare to our previous office, there got so much facilities that we didn't have to go outside the building to find anything. everything's there. here pulak got nothing except food court. tu pon kene menapak jauh la gak, meredah panas terik (time tengah hari la). kiranya before pegi lunch lapa, sampai ofis balik pon lapa. terima jela. about the apartment at putrajaya pulak, the best part was, everybody came yesterday out of sudden.i thought only me and nailah can make it yesterday. huahua. also, gsc alamanda giving out free screening coupon from 29th March till 2nd April. yeah. aku slaku penduduk putrajaya skrang akan datang dan memeriahkan suasana. yippi =p

arsenal yang sengal = arsengal

smlm arsenal kalah kt chelsea. yg tu aku xla keciwa sgt. aku keciwa sbb diorg asek draw, smpi akhirnya man u pintas diorg.perasaan keciwa aku x dpt digambarkan, ditafsirkan atau diconvert ke apa2 yg laen. liverpool yg aku hrpkan menang pon kalah juge smlm. haih.

i'm exploring now. ada banyak gak blog yang cite psl twitter neh. and sebnarnya cam dah sgt lama. tp x glamour sgt. ke aku je xtau? well, better late than never. tapi pas sign up tadi aku cam xtau lagi nak guna. nnti la aku smbung explore. then, i'll let u all know the result.

lagi 1 kite ada. yg ni aku dh explore last 2 weeks. tp aku x cite lak kt sini. sprout ni 1 servis yg menyenangkan kita untuk wat web content macam widgets, banners, mashups, videos, music, photos, RSS feeds, calendars and even web sites tu sniri. macam applications kat friendster or facebook tu. menda tu kita leh wat sniri guna sprout ni. dalam tu pon dia ada sediakan template and kita bleh pilih mane2 yg kita nak. aku cadangkan korang main-main ngan menda neh. sape yang cam x berminat dalam web developing, aku rasa menda ni akan menjadikan korg minat. ape benda yg aku mengarut neh. cam poyo je.

---whatever---

AJAX

Student : Master, what is Ajax?

Zen Master: Ajax was a Greek hero, but if you tell that to any Java programmer you might become the subject of ridicule. But do not get offended. Ajax today means Asynchronous JavaScript and XML and it is a hero among Web development applications.

sehari sblom... (esok cuti)

kenal x sape mamat neh? nama dia Kimura Takuya or KimuTaku. kacak x? kacak kannn.dh lama minat mamat neh. tp bebaru neh layan balik drama dia sbb kunun2 prepare utk ATC la. padehal cite dia tu psl pilots, mechanics and stewardess sume. xde ATC lgsung. hehe. tp xpe. berbaloi tgk blk sbb dia kacak. muahaha.

well, psl exam aritu aku x cite lg kan. keseluruhannya boleh la aku ckp hampeh. sbb ckp je ujian suara tp dah mcm interview je. mcm2 dia tnya. serius x prepare lgsung utk interview. mmg aku x buat sehabis baek. dh la org 2nd last dr 12 org. mengantuk2 tunggu turn. n interview session ni ada 3 hari. means 3x12 = 36 org. ramai gila bleh x. mcm rendah gila possibility nk lepas. dah la kalo lepas yg ni pon ade lg 1 interview session lg. adei. tp panel interviewer tu ok la. xde la kecut sgt perut aku. walopon bleh nampak kertas tu bergegar time aku pegang.hahaha.bodo kan.tp kalo lepas bestnye la...haih~

papepon esok cuti Maulidur Rasul.myb aku dtg ofis. byk keje beb.huhu.n myb ahad ni nak lepak ngan ikan.dh lama x jupe.tp xtau lg la.we'll see.

X-pac Bonus

arini aku puasa n pakai baju kurung. aku pakai baju kurung bukan la sebab puasa, tapi sebab kononnya ada CEO baru nk dtg arini. tetapi, perkara yang berlaku ialah, CEO itu tidak dtg, dan, aku dikehendaki ikut bos-bos aku gi meeting kat celcom.huih?seb baek aku pakai baju kurung.

kecuakan melanda bila masuk building yang besar tuh. paling x best bila aku kena jumpa incik yang aku call aritu. [refer post sebelum neh] orangnya kecik, lagi kecik dari aku. n x ensem. so xpe la. xla cuak sgt. aku cuak bila jumpa org hensem neh. muahahah.

on the way balik, sembang-sembang dengan bos. walaupon kisah dia aku dah banyak tau dari sheila (bukan nama sebenar), tp aku dengar jugak sbb ni dtg dari mulut dia sendiri. paling best part dia ckp gaji aku maybe naek dari 2200-2500. yahuuu!!

jap lg nak gerak g kl sentral. bukak puasa. :)