karakter, pilihan & char kuey tiow
semalam aku bukak puasa makan kueh je. tunggu vani balik kul 8 lebey kurang, ktorg gerak gi foodcourt. aku beli charkueytiow berharga rm4. sedap. tapi sangat banyak. aku x abes dowh. macam biasa, aku dan vani bersembang mengenai hal2 biasa. vani dah berumur 30-an. dan apa yang aku nampak, dia mmg ade banyak life experiences. pendapat dia tu kadang2 yang aku x terfikir pon. jugak disebabkan culture & agama yg berbeza (dia india k), ktorg leh kuarkan pendapat yang berbeza2. & share banyak info. juge lawak2 bodo ( ̄ー ̄)
semalam perbincangan berkisarkan membuat pilihan. err..aku xtau mcmana nak cite. tapi lepas perbincangan semalam, baru aku sedar yang aku ni boleh tahan gak wat penilaian karakter. dan aku baru lepas wat 1 pilihan yang setakat ini..aku rasa pilihan aku betul. erm. aku nak cite wehhh. tapi xleh nak cite. sebab orang itu mungkin akan membaca post ini. susahkan? lagipon dia di antara sahabat2 yang baik ngan aku. sungguh pon skrang ini dia memberi kan bad impression dari segi 'itu', namun dari segi lain, dia seorang yang sangat disenangi. well, sume orang pon ade bad side. lagipon aku diberi pilihan, bukannya aku xde pilihan. dan aku memilih tidak sebagai pilihan. sungguh pon semua orang kata aku rugi, tapi aku tau ape yang aku rasa. dan rasa itu tidak boleh di paksa. btol? anda stuju? sila stuju.
aku skrang mengalami 1 masalah. masalah ekspresi. aku ingat lagi, the 1st person yang cakap camni kat aku, cik wani, dia kata, ape yang aku rasa sangat nampak kat muka aku. ∑(O_O;) kalo aku x suka tu, mmg leh baca la kat muka aku. and lepas tu, bila aku tanya orang lain, diorang pon agree gak. peh. susah ni. camne aku nak sorok perasaan aku. dalam erti kata lain, aku xleh nak jadi hipokrit la. kalo nak jadi pon, jadi la hipokrit yang failed. juge lagi 1, kalo aku suka kat sape2, nampak jugak ke kat muka??\(>o<)/ x ke kantoi kalo gitu. haih~ tapi ape yang aku tau, kalo aku senang ngan somebody, x kisah la sape2, orang tu wat la ape pon, aku leh lagi nak tolak ansur. leh cool lagi. tapi kalo sorang tu mmg aku dah x suke, dia wat la ape pon, aku mmg susah nak trima. aku cam xleh control tahap kemarahan. teruk x? huhu. tapi bulan2 pose ni, yang aku prasan, sblom marah tu, aku cam benti jap pastu fikir. fikir & fikir & fikir, sampai aku jumpe yang positif. then aku trus malas nak marah. lagi 1 sbb aku rasa penat nak marah. buang tenaga je bulan pose ni. pakcik botak yg slalu aku bengang kt ofis ni dah lama dah aku x rasa bengang kat dia. even rumate aku yang 'jual ikan' kat rumah tu pon aku layankan aje perangai dia. malas nak pk. abes nanti time raya perangai kembali seperti asal la? harap2 x la. huhu.
ps: x payah nak nilai karakter orang, karakter sniri pon cam hampes. ―(T_T)→
erkkk. aku lupe. arini birthday dadai! happy birthday my dear friend. hope that ur life ahead full with greatness & pleasure. may Allah bless always be with u. (adiah postpone ye =p)
Comment Form under post in blogger/blogspot