lapar dan dahaga

meeting tadi sangat meletihkan. juga effort yang dicurahkan sebelumnya (dan selepas la jugak).
malam tadi aku ke klinik. menerbangkan ringgit malaysia empat puluh 'sahaja'. dan la duit cam tengah mengering ni. ape yang aku dapat? ubat demam yang kena makan 4 kali sehari yang akhirnya menimbulkan pendebatan antara aku dan cik farmasi akan frekuensi pemakanan ubat tersebut memandangkan skarang ini bulan puasa. hasil dari perdebatan tersebut, 4 kali di kurangkan menjadi 3 kali, dan aku kena bangun tengah malam untuk makan ubat. berbuka, tgh malam, sahur. dan hasilnya, malam tadi aku asyik telan ubat je sampai skarang ni aku still rasa kepahitan ubat dalam mulut aku. dan juga, skarang ni aku rasa lapar. semalam aku berbuka dengan mi rebus yang tak dapat aku habiskan (dah la rm3.50, sikit, x sedap lak tu), juga air 100plus. sebenarnya aku beli teh o halia suam skali. 100plus tu untuk bawak balik rumah. ape yang berlaku, teh tu bukan lagi suam, tapi dah tahap sejuk. pastu tawar dan pahit. memang x bley minum. pagi tadi lak aku sahur makan roti potato jek. huhu. pastu leh lak masuk toilet 3 4 kali. huhu. macamana x extra lapar arini kan?

anyway, aku dah berjaya download school rumble s1!

0 comments

Make A Comment